Selamat datang ke www.laksamanausaha.com                            
 

Kuey Teow adalah sejenis mee berbentuk leper yang mirip dengan pasta 'tagliatelle' Itali. Ia berwarna putih dan mempunyai tekstur yang agak lembut, kenyal dan licin. Mereka yang baru belajar menggunakan penyepit mungkin menghadapi masalah mengangkat mee ini menggunakan penyepit. Kuey teow boleh digunakan untuk membuat pelbagai hidangan. Lazimnya, ia digunakan untuk membuat satu hidangan yang paling popular di Malaysia, iaitu Kuey Teow Goreng.

Kuey teow goreng ini dimasak dengan mencampurkan mee ini bersama dengan udang, bebola ikan, telur, sayur, cili dan kerang. Kesemua ramuan masakan kemudiannya digoreng menggunakan api yang kuat sehingga mengeluarkan bau harum yang membuatkan air liur meleleh.